Tuesday, July 14, 2009

SINGGAH MAKAN @ d'TANDOOR DAMANSARA





Sedap sungguh!!! - Zullas3


Team Singgah Makan edisi 2


Wajah riang ria selepas makan


Inilah GM d' Tndoor - En. Malek

Minggu lepas kami di Kajang. Minggu ini kami ke Damansara pula. d' Tandoor menjadi lokasi persinggahan untuk Singgah Makan minggu ini. Terletak berdekatan Uptown Damansara, tak susah untuk kami sampai ke sana. sebelum 12.30 tengah hari kami dah sampai. Menariknya, kali ini, cukup ramai dj-dj KLfm. Selain Julia ada juga Hezry, Pool, Zullas3, Papa Ray, Nd, Daud Abdullah dan Pengawal KLfm Puan Fee Lin Chew juga Ketua Bahagian Rancangan KLfm, Salehudin Haji Ramlan. Selain itu, tetamu jemputan kami minggu ini Dato' Dr Haji Mohd Fadhillah Kamsah. Kami disambut mesra Pengurus Besar d' Tandoor - En. Malek dan En. Norman, Manager d'Tandoor. Plak khas Singgah Makan Radio Malaysia KLfm dan Skuad Promo Sinar Harian turut kami hadiahkan kepada penaja lokasi kali ini. Beruntung 10 orang yang daat menjawab soalan mudah yang kami ajukan, dan makan bersar bersama kami.. Terima kasih semua. Nantikan rombongan kami minggu depan ke Batu Caves pula!!


Nak tahu lebih lanjut mengenai d'Tandoor? Klik di sini

Thursday, July 2, 2009

SINGGAH MAKAN DI RESTORAN SELERA BONDA 6 JULAI 2009 INI!!!




Restoran Selera Bonda 'dari dapur Mak jah', Jom makan apa apa aje terletak di Lot G7, Jalan Hentian 1, Pusat Hentian Kajang... (jln lama ke UKM). Dibuka dari jam 5.30pag hingga 12 tengah malam. Dari sarapan pagi, nasi lemak berlauk, lontong, soto, mee/kueteow grg dll. Masakan kampung seawal jam 11 pagi... Asam pedas pelbagai ikan, gulai lemak jering tua, ikan bilis goreng berlada, lemak siput sedut, tempoyak udang, ayam kampung goreng panas.. (ada 30jns++ lauk)... Masakan panas, tomyam dr jam 2ptg - 12mlm... antara menu yg istimewa, ada nasi goreng baba nyonya, nasi goreng hitam manis, nasi goreng tomyam, pelbagai tomyam dan lain-lain.

Nantikan team dj Radio Malaysia KLfm, akhbar Sinar Harian juga artis yang akan menggamatkan suasana. Menangi pelbagai hadiah menarik termasuklah peluang untuk makan tengahari bersama-sama kami di sana Isnin ini!